Friday 6 May 2011

SELAMAT HARI IBU

Salam. Minggu nie semua sibuk dgn sambutan HARI IBU. Kami adik beradik pun sibuk juga konon nak buat surprise utk Ma. Semua ada tugas masing2 utk mkn tghari esok. Mak Ngah masak nasi beriani, Along (Kak Nita) masak roti arab & caramel (caramel nie permintaan Pak Uda), Pak Uda pegi order sate, Mak Su order carot cake, Pak Lang kami faham Auntie Zakiah sgt sibuk dgn anak2nya....so Auntie relax ajelah...dtg mkn.
So, hari nie Kak Nita nak kongsi resepi caramel. Nak buat caramel nie actually sgt mudah. Masa mula2 tu hairan juga mcmana bahagian yg coklat tu melekat pd caramel. Dah try 3 kali barulah betul. Resepi nie pun dah Kak Nita tukar2 hingga lah rasa tu menepati tekak family....Ok, kita mulakan dgn bahan2nya:

Bahan-bahan utk gula hangus:

3/4 cwn gula
3 sudu besar air 
  
Masukkan ke dlm periuk kecil dah panaskan dgn api sederhana. Kacau hingga gula bertukar menjadi warna perang tua terus masukkan dlm 3 sudu makan air. Tuangkan gu;a hangus tadi ke dlm loyang 8" bulat 

Bahan-bahan utk caramel:

8 biji telur
1/2 cwn gula 
1 litre UHT Milk
2 sudu besar vanilla esen

Panaskan kukusan, make sure yg air betul2 mendidih seblm caramel di kukus. 
Mula-mula telur dan gula di kacau perlahan hingga gula larut.
Masukkan susu & vanilla, kacau perlahan aje hingga semua sebati.
Tuangkan ke dlm loyang tadi.
Kukus selama 35-40 min dgn api sederhana. Jgn lupa tutup kukusan dgn rapat. 
 Tunggu hingga betul2 sejuk, baru blh ptg. Masukkan dlm fridge lagi sedap.
Klu nak tahan lama, bila simpan dlm frigde make sure ditutup rapat. Biasanya blh tahan sampai seminggu. 


Wednesday 4 May 2011

BISKUT COCO CHIPS ALMOND

Hari nie Geng Bas Sekolah ajak melawat teman yg x sihat, jadi Kak Nita pun startlah buat sesuatu utk buah tgn. Lepas siap masak aje taiko sms, katanya cancel. Tuan badan yg x sihat tu ada hal. Jadi biskut tu dah dikorbankan oleh mulut2 yang byk kat rumah nie. Nak resepi nie? Klu nak cuba blh jugak. Resepi nie kira agak old fashion lah sikit, kira dah x "in thing" skrg.....



Bahan-bahannya:
200gm butter
100 gm icing sugar
1 biji telur
200gm tepung gandum
60gm tepung jagung
70gm coco powder
100gm coco chips
100gm badam

Butter & icing sugar pukul kembang.
Masukkan telur, pukul kembang.
Masukkan tpg gandum, tpg jagung, coco powder - kacau rata.
Last sekali masukkan badam & coco chips - kacau rata.
Scoop guna sudu or ice-scream scoop utk senang. Buat aje besar2 cepat siap, cepat habis.

Klu siapa2 yang dah mencuba resepi nie atau ada resepi biskut coco chips yg lebih baik share2lah  dlm blog nie. Kak Nita mmg suka kumpul dan cuba resepi yg lama or baru.... Byk2 try blh improve masakan kita....betul x? 



Sunday 1 May 2011

CHOCOLATE MOIST CUPCAKES & SOP TULANG

Salam, hari nie birthday my hubby. So, i dah buatkan CHOCOLATE MOIST CUPCAKES. Ini kira favourite kami sekeluarga. My daughter yg tolong juga di dapur nak siapkan choc sos utk topping.





Bahan-bahan utk kek:

250gm butter
300gm gula
200gm tepung
1 sk      soda
5 biji     telur
70 gm   coco powder
160ml   air

Pukul butter/gula hingga kembang.
Masukkan telur pukul hingga sebati.
Masukkan tepung sikit2, sambil tu kacau rata.
Coco powder dilarutkan dlm air, kemudian masukkan ke dlm adunan tadi.
Masukkan ke dlm cups.
Bakar 180C 15 min.

Bahan-bahan utk sos:

100gm butter
100ml susu cair
100ml susu pekat

Kacau hingga pekat.
Tuang atas kek........



Untuk hari nie x kan mkn cupcakes aje....mestilah ada main course. Jadi nak makan cepat , Kak Nita masak SOP TULANG, kita blh mkn dgn mee kuning, kuew tiaw atau bihun....mcm sedap aje...Nak cuba? Nielah resepinya:


Bahan-bahannya:

1 kg tulang
50 sen halia
(rebus hingga empuk daging)

1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
rempah sop
(tumis sampai garing)
sop bunjut

Campurkan ke dlm rebusan tulang tadi.
Masukkan sop bunjut.
Campur asam keping, garam,  gula siiiikiiit aje.

klu nak kentang, carot ke blh campur....citarasa masing2
Nak best lagi....taruk bwg goreng, daun sop, cili.....emmmmm

SELAMAT MENCUBA!!!!

Thursday 28 April 2011

.......LIFE........

Salam, hari nie Kak Nita pergi ke Shah Alam. Ingat boleh singgah kat kedai yang menjual barang2 utk lukisan, tapi hujan lebat sgt, takut lambat sampai Bangi. Ya lah, sini kalau hujan sikit traffic-jam.
So, hari nie Kak Nita nak share lagi satu hobi, iaitu melukis.
Adalah  melukis sikit2 bila ada masa lapang.  Kadang2 tgh masak bila idea dtg tu, tutup dapur sekejap pegi menghadap kanvas lukislah apa2 yang terlintas di kepala.
Ada juga lukisan yang hadiahkan pada kawan2.  Actually yang dia org minta, Kak Nita beri sebagai hadiah. Harap dia org appreciate hasil lukisan tu.
Klu yang berhajat nak beli, Kak Nita jual jugak...of course dgn harga yg minimal. Kita bukannya professional, agak2 lah.....
Yang lain2 tu simpan atau gantung aje di dinding rumah....utk tatapan sendiri.


Lukisan nie my first lukisan after so long tak pegang berus melukis.  Adalah kelemahannya tapi yg mustahak, by the end of the day Kak Nita dah berjaya menyiapkan satu hasil....

                                            .......LIFE......

Seronok juga tgk hasil sendiri, mcm memasak....lepas masak blh makan!

Ok, nanti bila2 free ada cerita2 lain Kak Nita akan tulis lagi....

Tuesday 26 April 2011

ROTI FRESH FROM OVEN UTK SARAPAN

Bahan-bahannya:
300ml air 
1sb minyak
450gm tepung roti
2sb susu tepung
1 1/2sk garam
1sb gula
1 1/2 sk yis


Salam, hari ini Kak Nita ingin berkongsi resepi utama family saya, iaitu roti.  Roti mesti ada atas table. Biasanya akak akan buat roti utk sarapan pada pkl 5.30 pagi....dlm pkl 9.00 dah siap. Makan panas-panas...sedapppp!!!!  
Menggunakan bread-maker. Senanglah sikit, masukkan semua bahan-bahannya, on the bread-maker lepas tu tinggalkan aje....

Selamat mencuba.....